Isnin, November 09, 2009

KESYAHDUAN MALAM PERTAMA ???


KESYAHDUAN MALAM PERTAMA YANG MESTI DITEMPUHI...

Satu hal sebagai bahan renungan kita bersama sama ...!!!

Duduk merenungkan indahnya malam pertama... tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata mata...
Bukan malam pertama masuk ke " BERADUNYA ADAM DAN HAWA "

Tetapi malam pertama perkawinan kita dengan " SANG MAUT "... Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara kita...!!! Hari itu... " Mempelai sangat dimanjakan..........!!! Mandipun...menjadi tanggungjawab bersama untuk dimandikan........!!!

Seluruh badan kita terbuka....
Tak Ada sehelai benangpun menutupinya... !!! Tak Ada sedikitpun rasa malu pada sesiapa.... Seluruh badan digosok dan dibersihkan Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan... Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih.....!!! Itulah sosok tubuh kita.... Itulah jasad kita pada ketika itu....


Setelah dimandikan.. , Kitapun akan dipakaikan gaun cantik berwarna putih... Kain itu ...jarang orang memakainya... Kerana sangat terkenal bernama " KAFAN " Wangian ditaburkan kebaju kita... Bahagian kepala..,badan. .., Dan kaki diikatkan... Tataplah...... Tataplah. ..buat terakhir kalinya...
Itulah wajah kita....

Keranda pelaminan... Langsung disiapkan Pengantin bersanding sendirian...!!! Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga...
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul... Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga...!!! Serta rasa haru para handai taulan...

Gamelan syahdu bersyairkan adzan Dan kalimah Dzikir... Akad nikahnya " BACAAN TALKIN ".... Berwalikan liang lahat.. Saksi-saksinya nisan-nisan... Yang telah tiba duluan,

Siraman air mawar.. Pengantar akhir kerinduan...!!!
Dan akhirnya..... Tiba masa pengantin, Menunggu Dan ditinggal sendirian... Untuk mempertanggungjawabkan seluruh langkah kehidupan...


Malam pertama yang indah atau meresahkan... Ditemani rayap-rayap Dan cacing tanah ... Di kamar bertilamkan tanah.. Dan ketika 7 langkah semua yang hadir pergi.....!!!

Sang Malaikat lalu bertanya...
Kita tak tahu apakah akan memperolehi Nikmat Kubur... Ataukah Kita akan memperolehi Siksa Kubur...... Kita tak tahu...Dan tak seorangpun yang tahu.....


Saya hampir hampir membuang email ini, namun saya telah diberi kesabaran untuk membacanya terus hingga ke akhir.... Mengapa mudah sekali membuang email agama tetapi bangga mem "forward" Kan email yang tak senonoh?


" ASTAGHFIRULLAH.. ...."

Marilah membuat keseimbangan dalam kehidupan Kita, sebelum Kita menuju ke '' MALAM PERTAMA KITA ''


(HASIL EMAIL DARI RAKAN..MOHD FAUZI AZALI PADA 8 NOV 2009,0722)


73, Jumpa & Jumpa lagi...


Ahad, November 01, 2009

DINDING HATI BERLUBANG...

CERITA SEBAGAI PENGAJARAN :


Cerita ini berkisarkan kehidupan seorang pemuda yang hidup dikampung
bersama Ayah dan Ibunya. Pemuda ini bernama Razi dan ayahnya dikenali
di kampung dengan nama Pak Senin. Pemuda ini mempunyai sifat PEMARAH yang keterlaluan...Pak Senin bingung dengan perangai Razi yang PANAS BARAN. Dia sering tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja sehingga boleh merosakkan harta benda sendiri, harta keluarga atau pun harta benda orang lain.......!!!


Pada suatu hari, dalam keadaan aman Pak Senin telah menghadiahkan Razi
dengan seguni paku...(Paku yang berukuran 4" panjangnya). Lalu beliau
pun bertanyakkan kepada Pak Senin "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya Razi. Kata Pak Senin " setiap kali kamu marah, kamu ambilah
paku ini dan pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan kamu" jawab Pak senin........

Pada hari yang Pertama sahaja, Razi telah berselisih faham dengan rakannya, lalu beliau pun balik kerumah dalam keadaan marah dan terus
mengambil guni yang dihadiahkan oleh Pak Senin... lalu terus memaku sebanyak 36 batang paku pada tembok batu
dihadapan rumahnya.

Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya,
jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.

Razi mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya ...dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana Razi tidak marah, walau sedikit pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu
satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
Hari berganti hari, dan akhirnya Razi berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Razi lantas memberitahu perkara tersebut kepada Pak Senin dengan bangganya.

Pak Senin lantas memimpin tangan Razi ke tembok tersebut dan berkata "Kamu telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu TIDAK akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya.
Bila kamu MENYATAKAN SESUATU ATAU
MELAKUKAN SESUATU KETIKA MARAH ,INI LAH KESANNYA....LUKANYA AMAT DALAM anakku..... Kamu boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kamu memohon maaf dan menyesal atas perbuatan kamu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal "

RAKAN ADALAH PERMATA YANG SUKAR DICARI GANTI.... MEREKA ADALAH SUKA DUKA KITA, MEREKA AKAN MEMBUATKAN KITA KETAWA DAN KADANG
KADANG ADA JUGAK RAKAN YANG SANGGUP MENANGGIS BERSAMA WAKTU
KITA BERDUKA.... MALAH, RAKAN JUGAK LAH PENGGALAK KITA
KEA ARAH KEJAYAAN !!!!


RAKAN JUGAK ADALAH SEORANG PENDENGAR YANG SETIA, YANG SANGGUP MENDENGAR SEGALA RINTIHAN DAN CERITA SUKA DUKA KITA......


Harap rakan rakan semua dapat mengambil IKHTIBAR dari cerita tersebut...
Hargai lah rakan rakan si sekeliling anda...Jadi lah seorang rakan yang dapat membantu rakan lain waktu mereka memerlukan !!!

" Maafkan saya, sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda...."


73, jumpa lagi...



Rabu, Oktober 28, 2009

KUBUR YG HARAM DI SISI ISLAM...




KUBUR ATAUPUN PUSARA...

Inilah tempat orang orang Islam di semadikan, sementara menunggu untuk di HISAB pada hari KIAMAT kelak...

Tanah kubur yang dibangunkan dengan mengunakan bahan-bahan
yang dibakar . Lebih menyedihkan ianya dihiasi dengan Ayat-Ayat suci Al-Qur'an yang mana ianya bertentangan dengan Islam .
Rata-rata umat Islam di akhir zaman ini telah mengikuti budaya orang-orang KAFIR sedikit demi sedikit . Jika kita pernah pergi mngerjakan Haji/Umrah , mungkin kita ada menziarahi Perkuburan BAQI' di Madinah dan Perkuburan Di MA'ALA di mekah , Tanah perkuburan ini telah berusia lebih dari 1430 lama nya , namun ianya masih lagi boleh menampung jumlah umat islam yang meninggal dunia sama ada di musim Haji atau Umrah . Ini kerana mereka benar-benar menjadikan tanah perkuburan itu berfungsi sebagai " Tanah Waqaf" .



Ada
lagi…



Larangan dari Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam:

Dari Jabir radhiyallahu ‘anhu, dia berkata,
“Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya.”
(Hadith Riwayat Imam Muslim)

" Rasullullah SAW juga melarang tanah kubur dibangunkan dengan bahan yang di bakar dari API "

Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama jenazah adalah diharamkan yang telah menular dikalangan orang-orang Islam kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kuno dalam upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan berbangga...

Manakala hukumnya adalah HARAM jika kubur dibina menggunakan marmar (marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat dimurkai Allah subhanahuwata’ala...


Ali bin Abi Talib radhiyallahu ‘anhu berkata kepada Abi Hayyaj Al-Asadi.

" Membina bangunan ditanah perkuburan secara tidak lansung , kita telah meng "HAK" milikkan tanah tersebut , sedangkan tanah perkuburan itu fungsinya adalah 'TANAH WAKAF".





Yang ini siap ada no Lot 36 lak tu.....








Beramallah dangan ILMU, usah meniru sesuatu amalan tanpa mengetahui apa sebenarnya yang dilakukan oleh mereka mereka itu... ( SILA RUJUK KEPADA USTAZ ATAU ORANG ORANG YANG LEBIH ARIF !!! )

LAKUKAN SEGALANYA DENGAN ILMU,TUNTUTLAH ILMU DARI BUAIAN SEHINGGA KE LIANG LAHAD..... Itu pesan nenek moyang kita dari dulu lagi..... So, sama sama ler kita tegur & menegur antara satu sama lain...



73, Jumpa & jumpa lagi...







Ahad, Oktober 04, 2009

2 Meter Net Ceria bersama 9M4RKA , BKT BERUANG, MELAKA.






2hb Oktober 2009 bersamaan 13 Syawal 1430 Hijrah
di adakan 2 Meter Net Ceria bersama 9M4RKA,
Bukit Beruang, Melaka...
( REPEATER ASTRA LOCAL)
Untuk lihat Frekuensi & foto sila lawat
http://9w2pfs.blogspot.com

Aku di beri kepercayan sebagai " Net Controller "
pada malam itu. Net tersebut dijalankan
tepat pada jam 9 malam dan diakhiri 1030 malam...
Mungkin rakan rakan masih lagi beraya
atau pun
ada yang QRL dengan urusan Saltmine agaknye...
Hanya yang check in pada malam itu 30 stesyen aje...
KEUTAMAAN SEMASA MENGGUNAKAN MODE REPEATER WAKTU CHECK NET
DIJALANKAN ADALAH SEPERTI BERIKUT :-
PERTAMA : SEBARANG PANGGILAN BERBENTUK KECEMASAN
KEDUA : PANCARAN KUASA RENDAH / HANDY
KETIGA : STESYEN YANG BERMOBILE
KEEMPAT : BASE / PORTABLE DENGAN KUASA TINGGI

  • 9W2USM (Mustafa B. Bahari) Pak Presiden ASTRA MELAKA dengan info berkenaan Rumah Terbuka yang bakal di adakan pada 17/10/2009 dan sedang bermobile bagi melihat coverage Repeater...
  • 9W2MTT (Abdul Basir Tan B. Abdullah) Portable dengan handy 5 whiskey dihadapan base dengan ucapan Selamat Hari Raya buat semua rakan rakan....
  • 9W2JJI (Azizi B. Rahman@Abd.Rahman) yang sedang bermobile di Kawasan Perindustrian Bkt Rambai. Bekerja dengan Keenwood Low Whiskey & dibantu Antenna MC 101 dengan ucapan Selamat Hari Raya dan tahniah kepada 9W2ZNL berjaya mengelolakan 2M Net...
  • 9W2KWT (Muhammad Kassim Meiyappan B. Abdullah) dibase sekadar bercheck in pada 2M Net malam ini...
  • 9W2PFS (Nur Sham Ang B. Abdullah) di base bekerja dengan YAESU memancar dengan 0.1 whiskey dan sekadar check in...
  • 9W2KKD ( Alias B. Samad) dibase dengan 2 info...(i) Pembaharuan keahlian ASTRA dan yang baru nak menjadi ahli bersiap sedia dengan borang dan wang dan boleh diserahkan pada beliau selaku Bendahari...(ii) Bayaran untuk Majlis Rumah Terbuka sebanyak RM50/1 keluarga & RM25/orang bujang. Mana yang berdekatan dengan Lokalan Bukit Rambai diserahkan pada 9W2MHG dan sekitar pekan Melaka pada beliau...Tarikh akhir menerima pengesahan kedatangan pada 15/10/2009....
  • 9W2WMN (Wan Mohd Sanusi B.Wan Ahmad) dibase Batu Berendam sekadar check in...
  • 9W2TRX (Kamarul Hamzad B. Ramly) dibase Tmn Sri Tanjung menggunakan ICOM 2200 dengan Low Whiskey sekadar antisipasi pada 2M Net aje...
  • 9W8ZAT (Mohd Hafizat B.Ahmad Zikri) base di Kuching, Sarawak dan kini Portable di Bandar Melaka dengan ucapan Selamat Hari Raya buat semua rakan rakan Ham...
  • 9W2DXN ( Khairudin B. Jahaya) Mobile di Masjid Tanah kerumah sepupu bagi Majlis Pertunangan dengan ucapan Selamat Hari Raya buat semua rakan Melaka..
  • 9W2PGC (Mohd Faizul B. Mohamed) dibase Bukit Katil dengan ucapan Selamat Hari Raya, maaf zahir & batin buat semua rakan rakan semua...
  • 9W2SHO (Shahril B. Jamaludin) dibase Desa Duyong dengan ucapan Salam Aidilfitri buat semua...
  • 9W2LXN (Azlan B. A Hasan) dibase Sg.Udang dengan ucapan Selamat Hari Raya buat semua rakan rakan...
  • 9W2XXC (Shamsudin B. Ahmad) bermobile dari Masjid Tanah ke Rembia dengan ingatan buat semua rakan rakan tentang keselamatan bagi memastikan tingkap & pintu rumah dikunci sebelum tidor atau waktu nak keluar rumah.Sebab ada 2, 3 kejadian pecah rumah disekitar Masjid Tanah Dan Alor Gajah...Dan yg mempunyai ternakan diminta monitor selalu ternakan mereka...maklum lah lepas lepas raya ni...
  • 9W2RLS (Rosli B. Salehan) dibase Bangi mewakili diri sendiri dan rakan rakan Bangi bagi mengucapkan Selamat Hari Raya buat rakan rakan Melaka...
  • 9W2ESM (Cikgu Syamsul Bahri B. Mohamad) dibase Muar sekadar ucapan Selamat Hari Raya buat Net Controller dan rakan rakan Melaka....
  • 9W2MHG (Mohd Hisham B. Abd Gani) portable di Rembia dengan 5 info buat rakan rakan (i) Jemputan Rumah Terbuka 9W2PGE(Mohd Fauzi B. Osman)di Taman Desa Cheng Perdana 1 pada jam 8-11 malam (ii) Jemputan dari Pihak ABIM buat semua rakan Ham Melaka bagi Majlis Rumah Terbuka pada Ahad 4/10/09 jam 4 petang (iii) Jemputan Rumah Terbuka dari 9W2BTC (Faisal B. Hj Mohammad) base di Taman Mawar, Sepang pada Ahad (iv) Jemputan Rumah Terbuka 9W2WPR (Wan Mohd Fairuzriza B. Wan Mohamad) pada Ahad jam 4 petang (v)Jemputan Walimatul urus 9W2RZI (Md Razi B. Mohd Zin) pada hari Sabtu di Rantau,Negeri Sembilan
  • 9W2KRT (Mohd Shariff B. Jaafar) sedang mobile dengan ucapan Selamat Hari Raya buat semua rakan rakan...
  • 9W2MBG (Mahdan B. Hamid) sedang mobile dan bekerja dengan YAESU FT 1802 memancar 5 whiskey dan ucapan Selamat Hari Raya buat rakan serta tahniah buat 9W2ZNL selaku Net Controller...
  • 9W2WXY (Saiful Eszwan B. Md Esa) Portable di Rembia Rumah Terbuka 9W2KDE dengan Audio Repot Net Controller...Modulate katanya...dan sekadar check in....
  • 9W2TSB ( Syed Shahril Anuar B. Syed Sulaiman) sekadar check in aje...
  • 9W2SPE (Shahrul Azmi B.Ismaon) dibase Taman Merak gunakan YAESU dengan ucapan tahniah kpd Net Controller dan ucapan Selamat Hari Raya,maaf zahir & batin...
  • 9W2TOL (Suhaimi Syiful Irwan)Portable di Payarumput rumah terbuka 9W2KDE dengan 2 info...(i) Jemputan Rumah Terbuka beliau di Taman Paya Rumput Indah pada hari Ahad jam 8.30 - 10.30 malam (ii) Bermohon pada semua rakan rakan Ham mendoakan kesejahteraan rakan rakan seagama di Padang Bukit Tinggi agar semuanya selamat...
  • 9W2SAD (Sajed'den Saddam B. Hassan) Portable di Asrama Siswa peringgit dengan ucapan Selamat Hari Raya buat semua rakan rakan...
  • YB5YL( Pak Tahar) dibase Bekalis Riau, Indonesia mengucapkan Salam Lebaran buat semua rakan rakan Semenanjung agar semuanya sihat sihat selalu...
  • 9W2JDD (Cikgu Abdul Majid B. Ab Hamid) dibase Lubok Cina sekadar check in dan ucapan Selamat Hari Raya buat semua...
  • 9W2DXL(Shamsuddin B. Jaafar) Mobile dari Rembia ke base dengan ucapan tahniah pada Net Controller dan Selamat Hari Raya buat semua...
  • 9W2LVC (Azlan B. Abu Shah) Portable di rumah terbuka 9W2KDE dengan ucapan Selamat Hari Raya buat semua rakan rakan Melaka...
  • 9W2EJA (Mohd Ridza B. Badron) Portable di 9W2KDE base dengan ucapan Selamat Hari Raya buat semua rakan rakan yang mengenali beliau dan tahniah buat Net Controller...

2 Meter Net Ceria bersama 9M4RKA Bukit Beruang.Melaka di hentikan pada jam 1030 malam dengan ucapan dari Net Controller pada semua rakan rakan yang bermobile...berhati hati semuga selamat sampai ke destinasi yang dituju... Yang berada di Jamuan Rumah Terbuka, makan kena control sikit demi kesihatan. Dan, meminta maaf pada semua jika ada terkasar bahasa ketika menjalan 2M Net dan sekiranya ada rakan rakan yang berdoubling waktu check in..yg tak boleh didengari harap maaf. Yang burok dari Net Controller sendiri dan yang baik datang ALLAH SUBHANA WATA'ALA...

Sekian, Jaluran dibuka bagi kegunaan ramai......
9W2ZNL, QRT......
73...


Jumaat, Oktober 02, 2009

MELECUR 2 HARI SEBELUM RAYA ?


Inilah wajah 9W2RVV (Saudara Abdul Rahim B. Safian) selepas 9 hari menderita akibat disambar oleh api yang dipetik dari Pemetik Api nya sendiri selepas menyimbahkan petrol pada longgokkan sampah di base beliau di Payarumput,Sg.Udang.




Cuba rakan2 bayangkan !!! Waktu kejadian tersebut,
kesengsaraan yang beliau tanggung akibat dari kecuaian sendiri... Kita sekadar boleh melafazkan rasa kasihan sahaja namun doa tetap mengiringi Abdul Rahim agar cepat cepat sembuh.....





Hanya di sebelah kanan tubuh beliau disambar api, hasil petrol dan ' spark ' dari pemetik api beliau... Beliau tak beraya pada tahun ni namun tetap menerima kunjungan rakan rakan Ham semua...

Buat rakan rakan semua.... jadikanlah ini sebagai satu pengajaran buat kita semua & Famili.






9W2DXL (Saudara Samsuddin B. Jaafar) & 9W2KDE turut hadir

bersama rakan rakan pada petang tersebut....




Ni 9W2MSV (Saudara Mahadi Bin Suboh) bersama Famili
tak ketingga
lan datang menziarah 9W2RVV dibase...





9W2MTT (Saudara Abdul Basir), 9W2JDD (Saudara/Cikgu Abdul Majid) dari Lubok China,
9W2PFS (Saudara Nur Hisham Ang) semua datang bersama sama Famili...





Sempat kami semua bergambar sebagai kenang kenangan...Harap mana mana rakan yang berkelapangan datang ler ziarah 9W2RVV...Beliau nak berjalan Raya tak boleh !!!

Dikesempatan ini, aku mengucapkan Ribuan terima kasih kepada Ibu 9W2RVV, XYL dan sepupu beliau yang bersama sama Rahim menyambut kedatangan kami semua. Dan, bersusah payah pulak menjamu kami semua dengan hidangan yang luar biasa..... Terima Kasih sekali semua......

" Selamat Hari Raya buat semua rakan rakan " kita semua masih lagi dalam mood Raya.... Hati hati semua dari melakukan apa saja, agar semua Sihat walafiat....



73, Assalammualaikum....
Hingga bertemu lagi !!!






Sabtu, September 26, 2009

" RAYA KE 6-Open House rumah SWAL-OEC

Ini lah basestation SWAL-OEC@Qimie... rakan yang menjemput semua
rakan rakan ASTRA & MERACC Melaka kerumah beliau pada
25hb Sept 2009 bersamaan 6 Syawal 1430 H
" Rumah Terbuka "...





Ini Jelopi 9W2EAK(Eirwan B. Abdul Kadir) bersama 9W2ZRC(Zairi B. Husin) sedang menanti ketibaan rakan2 dihadapan Pam Minyak Petronas, Bukit Rambai...






Ini Jelopi 9W2LVC(Azlan B. Abu Shah) yang turut serta....


9W2ZNL, SWAL-YTA & Rakannya dari Kem Terendak Sungai Udang....


Dari Kiri 9W2MFI(Mohd Fahmi B.Ismail), 9W2ZRC(Zairi B. Husin), 9W2JJI(Azizi B.Rahman),
9W2LVC (Azlan B. Abu Shah)

9W2TRX (Kamarul Hamzad B. Ramly) posing macam James Bond, 9W2CRO(Khairul Asyraf
B. Jaapar) berbaju merah membelakangkan kamera serta rakan rakan
di Lokalan Bukit Rambai...

Ini semua rakan rakan yang turut hadir ke Jamuan Rumah Terbuka
SWAL-OEC @ Qimie....

P/S: Pada Rakan rakan yang bermobile pada Hari Raya ni....berhati hati lah !!! Semuga anda semua selamat sampai ke destinasi yang di tuju......
" Selamat Hari Raya...maaf zahir & batin......


73

Jumaat, September 18, 2009

" SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1430H "


Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan " Selamat Hari Raya Aidilfitri "...
1st sekali Maaf Zahir & Batin... Jika ada terkasar bahasa yang tak disengajakan atau memang di sengaja aku pohonkan ribuan kemaafan... Mana ada yang terminum & termakan jugak minta dihalalkan ye !!!
2nd...Pada rakan rakan semua yang akan bermobile pulang berhari raya
tu kena periksa dahulu kenderaan.
Pastikan semuanya berada dalam keadaan baik.. bila memandu tu
berhati hati, ikut barisan biar pun jam kena lebihkan sabar waktu memandu...
dan kalau mengantuk tu waktu ni lah kena mencari rakan rakan di Repeater
bagi Salam Kontek Perdana maklum lah dah ramai rakan Ham..
dan yang terakhir sekali...Kalau makan dan minum tu jangan lebih lebih...
control sikit. Kesihatan harus di utamakan ye !!!


" B4 Aidilfitri datang,
B4 Ramadhan akan pergi,
B4 Operator Telekom akan bzzz,
B4 sms asyik pending aje,
B4 credit tiba tiba habis,
Aku nak ambil kesempatan untuk mengucapkan
Minal Aidil Wal Faidzin.....,
Maaf zahir & Batin buat semua
Rakan2 Ham Satu Malaysia &
paling utama
Rakan Se Melaka ku.....
dan tak lupa
Rakan2 di Saltmine ku "

73,



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin